DASAR 1 MURID, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA
Suatu
ketika dahulukala
Melodinya
berkumandang di mana-mana
Cogan
katanya menjadi sebutan di seluruh negara
Berpaksikan
susunan kata alunan lagunya
“Ke
Arah Malaysia Cergas” nama dicipta
Setelah
sekian lama menyepi
Hadirnya
kadang-kala wujud di alam mimpi
Kini
ia hadir semula dan konsepnya telah dijana
Dasar 1 Murid, 1 Sukan, 1
Malaysia
Mohon
Perhatian Anda Semua
Tajuk
utama sudah sampai ke telinga
Yang dihormati, saudara peneraju
agenda, dif-dif kehormat, penjaga masa yang sentiasa setia dengan detik jam
waktunya dan anda semua, warga dewan, pengamal gaya hidup sihat yang mulia.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Tirai bicara saya buka.
Kamus dewan edisi keempat dengan
jelas mendefinisikan dasar sebagai asas atau teras. 1 murid didefinisikan
sebagai semua murid bersatu manakal 1 sukan dijelaskan sebagai program yang
melibatkan 1 aktiviti sukan. Perdana Menteri kita yang tercinta, Dato’ Seri
Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sendiri mencetus pemikiran bahawa 1 Malaysia itu
kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Secara tuntasnya,
tajuk pidato ini dapat saya simpulkan sebagai semua murid bersukan bersama
dalam menjana 1 Malaysia, yang mana mampu dijana melalui sumber, tenaga
pengajar, kemudahan dan prasarana sukan, perubahan minda, insentif untuk murid
dan guru menjadi pembawaan kepada pidato saya hari ini.
Hadirin
sekalian
Manakan berdiri pohon kalau tidak
kerana akarnya, manakan timbul berita kalau tidak ada mulut yang membawa dan
manakan wujud sesebuah kejayaan kalau tidak ada sumbernya. Berpandukan 6 faktor
utama yang mana sumber induknya, saya bawakan kepada anda indikator pidato saya
yang pertama. Dalam menuju ke arah kejayaan perlaksanaan dasar ini amatlah
diperlukan pelbagai sumber untuk menjana kekuatan perlaksanaannya. Melalui 6
sumber utama, dasar ini pasti akan menuju ke puncak jayanya. Yang pertama, buku
panduan perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan yang mana bakal menjadi panduan dan
rujukan kepada guru, ibu bapa dan murid. Yang kedua, buku panduan pengurusan
olahraga di sekolah yang akan menjadi panduan penganjuran kejohanan olahraga.
Yang ketiga, manual latihan sukan untuk guru penasihat sukan. Melalui
perlaksanaannya, manual latihan 10 jenis sukan dan 1 modul untuk murid
berkeperluan khas bakal disediakan. Yang keempat, program sukan pendidikan khas
yang mana memperuntukkan modul program secara integrasi. Yang kelima, surat
siaran perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan yang dikeluarkan kepada sekolah
sebelum akhir bulan November. Surat ini bertujuan untuk memaklumkan kepada
pihak sekolah tentang dasar baru kerajaan ini. Yang keenam dan terakhir sekali
iaitu skim bantuan kewangan sukan yang berjumlah Rm 4 bagi sekolah rendah dan
Rm 6 bagi sekolah menengah. Hal ini bakal meningkatkan lagi aktiviti sukan di
sekolah-sekolah seluruh negara.
Menyelusuri indikator pidato saya
yang kedua, berpaksikan kata kunci tenaga pengajar. Dalam menyemarakkan lagi
usaha perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan ini, para guru bakal dilatih khas
dalam bidang sukan dengan mengadakan latihan pra-perkhidmatan di 6 institut
pendidikan guru. Hal ini bertujuan untuk melatih guru-guru sebagai jurulatih sukan
menerusi Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Apa yang paling membanggakan, jawatan
jurulatih sukan sekolah dicadangkan sebagai satu kerjaya baru bagi menjayakan
lagi dasar ini. Perkara ini masih lagi dalam perbincangan antara Kementerian
Pelajaran dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Andai kata perkara ini berjaya,
majulah sukan untuk negara.
Sidang
Pendengar Budiman,
Kemudahan dan prasarana sukan,
indikator pidato saya yang ketiga. Melihat sendiri kepada prasarana
sekolah-sekolah di seluruh negara, nyata-nyata kebanyakkan sekolah masih
mengalami masalah dalam kekurangan padang. Disebabkan inilah kerajaan
mensasarkan bahawa masalah ini bakal diselesaikan dengan memberi nisbah 1:505
bagi sekolah menengah dan 1:1103 bagi sekolah menengah bagi wujudnya padang-padang
di sekolah untuk kemudahan sebarang aktiviti sukan. Bagi menjayakan hal ini,
kerajaan mewujudkan sistem pengumpulan kemudahan dan prasarana sukan (i-keps)
untuk memudahkan pengumpulan maklumat kemudahan yang terdapat di semua sekolah
yang bakal dilaksanakan pada tahun 2011. Sesungguhnya kewujudan sistem ini amat
penting bagi memudahkan pengenalpastian masalah kemudahan sukan yang terdapat
di sekolah-sekolah.
Menerjah isi kandungan yang
seterusnya, saya bawakan kepada anda indikator pidato saya yang keempat
berlandaskan susunan kata jaringan bersama. Sesungguhnya Dasar 1 Murid 1 Sukan
ini bukan sahaja melibatkan dunia atau Kementerian pelajaran semata-mata,
bahkan melibatkan 4 lagi kementerian yang mana berupaya untuk menghidupkan
arena sukan negara. Kementerian belia dan Sukan contohnya, yang juga merupakan
penggerak utama sukan negara kita. Gabungan mantap kementerian ini dengan
Majlis Sukan Negara (MSN) bakal memajukan lagi industri sukan negara dengan
mewujudkan kursus kejurulatihan bagi setiap acara sukan. Kementerian Perumahan
dan kerajaan tempatan berperanan dalam menyediakan sekolah yang menggunakan
kemudahan secara percuma atau kadar potongan 80% bagi memudahkan lagi aktiviti
dalam Dasar 1 Murid 1 Sukan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu,
Kementerian Pengajian Tinggi yang juga merupakan saudara utama kepada
Kementerian Pelajaran mampu menjana 1 hubungan sama seperti siswa dan siswi
boleh menjadi sukarelawan dalam latihan pratikal sukan, para pensyarah boleh
membentuk 1 persatuan sukan untuk dianjurkan kejohanan serta memberi khidmat
kepakaran dalam sukan. Ini amat membantu sekali dalam perkembangan sukan di
peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Bukan itu sahaja, perkembangan Dasar 1
Murid 1 Sukan ini turut melibatkan Kementerian Pelancongan yang mana boleh
melibatkan dir dalam aturcara supaya dapat menarik pelancong luar untuk
mengetahui aktivti dalam negara secara tidak langsung bakal mempromo sikan
sistem pendidikan dalam negara kita.
Sidang
Dewan Sekalian,
Setelah berkisar lama di bawah 4
indikator utama, kita kini tiba di indikator pidato saya yang kelima di bawah
kata kunci perubahan minda dan insentif untuk guru dan murid. Pengenalan dasar
baru ini mungkin akan menyebabkan ramai pihak tertanya-tanya dan mungkin ada
segelintir pihak kurang menyetujuinya. Bagi mengelakkan perkara ini terjadi,
taklimat Dasar 1 Murid 1 Sukan harus diberikan agar semua pihak terutamanya
guru-guru dan ibu bapa faham mengenainya serta tidak menimbulkan sebarang
spekulasi kelak. Insentif juga harus diberikan kepada pelajar dan guru. Antara
perkara yang boleh dilakukan ialah penilaian markah wajib bagi aktiviti sukan
dan penilaian untuk guru. Melalui hal ini, mereka akan berasa dihargai dan
secara tidak langsung menyemarakkan lagi perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan
ini.
Akhir sekali, perlaksanaan Dasar 1
Murid 1 Sukan 1 Malaysia ini amat penting bagi memupuk gaya hidup sukan dalam
kalangan rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Rakyat yang cergsa baka
mempunyai minda yang cerdas. Minda yang yang cerdas menyumbang kepada idea yang
bernas. Idea yang bernas membantu pembangunan negara secara pantas serta
menjadikan Malaysia seiring kemajuannya dengan negara-negara lain di dunia.
Sekian,
Terima Kasih.
Hebat teks pidatonya.
ReplyDeleteterima kasih.. :)
Delete..biasa saja..
Cikgu, mohon izin guna ya 😊
ReplyDelete