Sunday, October 14, 2012

Debat Zon Utara

aaaaaaaa...
tidak tahu apa hendak dikata...
mulut yang selalu menutur bicara..
kini mendiam seribu bahasa..naaa

baru sahaja beberapa minggu lepas join Pidato
dapat JOHAN Zon Utara..
minggu nie pulak.. ikut Debat IPG Peringkat Zon Utara..
mmg takut juga la..
sbb pasukan zon utara nie hebat2 kalau debat..

3 IPG dan ada 4 Pasukan kesemuanya..
IPG Perlis selaku tuan rumah mnghantar 2 pasukan.. Perlis A dan B
IPG kami.. IPSAH n IPG Pulau Pinang..
gerun juga...
walaupun layak pg suku akhir semasa Debat Perpaduan di Terengganu dulu..
namun kita x boleh memandang rendah kekuatan pasukan lain..
IPG Pulau Pinang contohnya..
terpilih antara 6 IPG yang mwakili IPG Malaysia utk pg Debat IPT..
memang hebatlah saingan

namun.. berkat kerjasama yang jitu dan semangat yang padu..
team kami berjaya merangkul gelaran JOHAN Zon Utara..
Kakak kami yg trsayang.. Kak Razan diangkat menjadi Pendebat Terbaik..
nie sedikit cerita pasal debat..hehehhe

Pusingan pertama.. 
IPSAH (Kerajaan) VS IP Perlis A (Pembangkang)

Usul : Peranan Bahasa Melayu Berjaya Membentuk Perpaduan Kaum

Juri : 3-0
Magin : 9
Pndebat terbaik : Abang Syafiq Shamsuddin (IPSAH)
Usul : Diterima (IPSAH menang)

Pusingan Kedua
IPSAH (Kerajaan) VS IP Perlis B (Pembangkang)

Usul : Bahasa Melayu Layak Menjana Kemajuan Bahasa

Juri : 2-1
Magin : 3.5
Pendebat terbaik : Syafiq Ghani (IP Perlis)
Usul : Diterima (IPSAH menang)

Pusingan AKHIR
IP Pulau Pinang (Kerajaan) VS IPSAH (Pembangkang)

Usul : Teknologi Maklumat Menyebabkan Kecelaruan Bahasa Melayu

Juri : 5-0
Magin : 5
Pendebat Terbaik : Kak Razan (IPSAH)
Usul : Ditolak (IPSAH menang)

......
dah tengok kan usul dia..
semuanya berkisar tentang bahasa Melayu..
buat kali pertama masuk debat nak pecah kepala
tajuk susah gila..
dah la selalu berada di pihak yang kurang kelebihan..

namun Rasa Syukur dipanjatkan kepada Tuhan..
x sia-sia perbincangan yang dilakukan setiap malam...
memang x sangka akan jadi juara..
sbb semua pasukan hebat2..
namun..
terima kasih pada TEAM DEBAT IPSAH, Pensyarah, IPSAHAN...
krana doa dan sokongan anda semua..
kami berjaya....
yeahh.. nie gambar2 time debat.. hehehe..


semasa Kuarantin



teliti mendengar hujah.. O_o"


sakit tekak asyik bertikam lidah.. =_="


hahhh.. Perdana Menteri membentangkan usul.. >_<


menteri-menteri khusyuk mendengar..haha


tett..terjumpa dengan geng IP Penang


aaaa..nie kami..
Chris, Syafiq, Razan & Pereira


entah apa2 leeee...


post dulu b4 debat.. hehe..


naaaa..nie hadiah...haha


bersama pensyarah.. :D

....
walaupun penat.. namun inilah hasilnya.........
semoga terus maju kawan2 semua.......
GAMBATEH.. !!!!!




Thursday, October 4, 2012

Pidato

yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!!
Ehem...
Satu senyum tawa terukir di wajah pria muda..
bukan tandanya sudah gila..
namun kejayaan sudah ditempa..

naaaa.. chris nak share sikit
..tadi chris join Pertandingan Pidato 1 Malaysia
di IPG Kampus Pulau Pinang...
khas utk bukan MELAYU...

puhhh..sebelum smpai ke kisah sebenar..
meh chris nak crita skit prjalanan
prsediaan utk pidato ini..

TENSION kotttttt...
baru tahu ahad lepas..then khamis bertanding..
15 minit lagi tu...aduhh..
mcm Forum pulak...

dalam prjalanan mnuju destinasi prtandingan..
mcm brmain di minda..
apa agaknya terjadi nanti.. emmmm...
dgn penuh keyakinan
langkah kaki digerakkan..

alaaa..nak saiko konon.. >_<""
sekali2 dapat giliran no 1..
GUlp...ambik kau... confident sangatttt..
tp apa boleh buat..pasrah saja la...

time kat pentas...tettt
habis bercelaru aku merapu..
dah la time aku pidato ..
tiba2 lagu Negaraku trpasang dgn sendirinya...
WHATEVER.. aku teruskan juga merapu........

mmg x sangka sangat2 akan dpt juara..
sbb saingan sengit2 belaka...
dh la chris time pidatok x lancar...
aduhhhhhh..mak aikk..

tapi rasa syukur dipanjatkan...
chris dapat JOHAN.. :)

terima kasih la kpd pnsyarah, kawan2 yg banyak bantu...
hehehhee... :)
nie gambar2 time pidato tadi..


meraikan kemenangan..


brsama rakan sepejuangan n pnsyarah



hujah dilontarkan.. >_<

hahhahahhahahaa....walaupun dapat JOHAN..namun masih banyak yg perlu diperbaiki utk kebaikan di masa hadapan.... GAMBATEH..!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, August 26, 2012

TCF CAMP 2012

Praise the lord..
last week telah mengikuti TCF Camp buat kali kedua di Methodist College Kuala Lumpur..
sedikit terkilan kerana jumlah pada kali ini sedikit sahaja..iaitu 58 orang jika dibandingkan dengan tahun lepas sebanyak 120 lebih orang..
Namun bersyukur juga, sbb walaupun sedikit.. cukup rasa diberkati sekali..
kali nie team IPSAH hantar 18 orang..group paling ramai..hahaha..
mmg best la camp kali nie
Terima kasih ya Tuhan kerana memberikan aku kesempatan menyertai camp ini...
bnyak sekali input yang diperolehi..
jmpa kawan baru...
ikut treasure hunt
& mcam2 lg..
meh kita tngok ramai2.. serba sedikit ragam ketika camp..


naaaaa..nie dlm bilik meeting..

semua yg ikut camp nie...hehe


time makan..bahagia saja muka2 IPSAH

nie geng2 dapur time cap.. :)


geng baju hujan time treasure hunt...

eeehhaaaa...treasure hunt around KL.. :D


nie senaman petang..making melody in my heart.. 

nie koordinator dia..paling manang.. 


sesi praise n worship

berikan kemuliaan pd Tuhan

fill in my cup oh Lord...

Halleiluya...Praise the Lord


sepetang bersama..main bola tampar..haha

geng "Kami Di Sini"..


nie time fun night..menggoda betull..

nie la besttt..berebut anak..hahaha


naaa..yg nie penganjur.. Miss J


nie IPSAHAN...:D


sesi penghargaan pd TCF

..bnyak lagi gambar mau share..tp xpa la..boleh buka juga fb saya.. Chris Bearer..bnyak tu sana...
..apapun.. mengikuti camp ini merupakan satu keberkatan kpd saya utk mndapat pengetahuan berbanding menghabiskan masa cuti dengan aktiviti yang sia-sia.. Lain kali mau ikut lagi kalau ada camp...
& moga Tuhan sntiasa memberikan jalan n peluang utk camp lagi.....

PRAISE THE LORD.. D

Monday, June 18, 2012

PIDATO 1 MALAYSIA

PENDIDIKAN WADAH PERPADUAN NEGARA



Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Hadirnya hamba kasih terbentang
Berdiri teguh bangsa dijulang
Hakikat hidup bukan kepalang
Untuk mencari perpaduan terbilang


Sejak dahulu kala bangsa kita terus diperkosa, oleh penjajah yang tamak haloba. Kita dilagakan hingga terjadi pergaduhan. Kita dipisah sehingga terjadi pertumpahan darah. Perpaduan yang kita impikan, semuanya menjadi tak keruan. Penyatuan kaum yang kita rancang, semuanya terus hilang. Disebabkan inilah, saya bangkit melangkah dan berdiri di hadapan anda sebagai pahlawan yang gagah. Bukan niat saya bediri di sini untuk menyanyi atau menari, bukan niat saya untuk mereka jenaka yang tak seberapa dan bukan juga niat saya berdiri di sini untuk berkempen demi pilihan raya. Mari kita berdendang, wadah perpaduan kita perdengarkan, mengikut gerak lagu mesra dialunkan, tanda permuafakatan membawa penyatuan. Gelanggang bicara saya buka, Pendidikan Wadah Perpaduan Negara. Salam aspisriasi seharum kasturi, salam sejahtera sejambak kenanga buat tuan penerahu acara. Barisan respektatif intelektual berkarisma, penjaga masa yang sentiasa setia serta sidang hadirin pencetus minda.



Sidang Dewan Sekalian,
            Kamus dewan edisi keempat dengan jelas mendefinisikan pendidikan sebagai perihal mendidik atau ilmu didik. Wadah dijelaskan sebagai medan atau saluran. Perpaduan pula diungkapkan sebagai penggabungan atau berpadu menjadi satu. Manakala negara dirujuk sebagai masyarakat yang menduduki kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Pendidikan wadah perpaduan negara mengajak dan mendesak kita untuk menilai dan merungkai bagaimana pendidikan dapat menjadi saluran menggabungkan masyarakat yang dimulakan dengan sejarah pendidikan, pemerkasaan bahasa melayu, sistem pendidikan, program pendidikan dan kouta pengambilan pelajar ke universiti. Kelima-lima entiti inilah menjadi pembawaan kepada pidato saya hari ini.

Hadirin sekalian,
            Jika kita singkap sejarah silam, memang terbukti yang pendidikan amat berperanan dalam penyatuan bangsa. Berpaksikan kata kunci sejarah pendidikan negara saya bawakan entiti pidato saya yang pertama. Dek kerakusan penjajah menguasai wilayah, bangsa kita dipecah-pecah. Setiap jenis sekolah dikhususkan mengikut kaum dan dibezakan mengikut kurikulum. Tidak cukup dengan itu, bahasa penghantar dijadikan berlainan, lokasi sekolah setiap kaum dibiarkan berjauhan agar kita terus tidak sehaluan. Namun bak kata orang tua-tua, langit tak semestinya sentiasa cerah. 1956, titik tolak pendidikan bermula ke arah pemupukan perpaduan. Disebabkan kepintaran mantan Perdana menteri kita yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang juga merupakan Menteri Pelajaran pada masa itu, terbentuklah Jawatankuasa Pelajaran yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Keunggulan Penyata Razak mula terserlah kerana telah menemui formula perpaduan kaum sebelum merdeka lagi. Berbekalkan matlamat mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai 1 rumupun bangsa di Tanah Melayu dan mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan, nyata-nyata Penyata Razak menampakkan hasil apabila wujud sistem pendidikan kebangsaan dan sistem peperiksaan yang sama telah diterapkan. Proses ini tidak berhenti begitu sahaja dan diteruskan lagi dengan wujudnya Laporan Rahman Talib dan pemerkasaan Akta pelajaran 1961 yang memberi penegasan kepada kurikulum ala Malaysia yang menghendaki setiap pelajar mengenali aspek budaya negara. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan termaktubnya Laporan kabinet 1979 dan rang undang-undang pendidikan 1995 yang turut menekankan prinsip yang sama dan membawa kepada penyatuan bangsa.

Sidang Dewan,
            Sejajar denga pengiktirana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, secara tidak lengsung ia memainkan peranan dalam proses perpaduan. Peranan bahasa melayu, kata kunci saya yang kedua. Lihat sahaja intipati dalam Dasar pendidikan negara, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan terus diperkasa. Dalam stratergi perlaksanaannya, bahasa Melayu digunakan di seluruh negara agar komunikasi rakyat berjaya. Apabila komunikasi berjaya melalui penggunaan satu bahasa, bangsanya merdeka. Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa Lingua Franca sejak zaman kesultanan Melayu Melaka yang banyak digunakan dalam perdagangan dan hubungan diplomatik antarabangsa. Kini bahasa melayu melebarkan sayapnya ke arah bidang pendidikan secara lebih mendalam. Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan syarahan dan Ujian bertulis (PBSUB) bagi SJKC dan SJKT. Hal ini membuktikan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam dunia pendidikan, jelas rakyat Malaysia bersatu dan dapat memupuk nilai perpaduan. Kita lihat sendiri ketika ini di sekolah-sekolah, tanpa ada resah dan gelisah para pelajar tanpa mengira bangsa dan agama, bertutur dalam bahasa Melayu dengan mudah dan petah. Betapa besar peranan bahasa Melayu dalam dunia pendidikan dalam usaha menyemai semangat perpaduan. Perlaksanaan Dasar bahasa kebangsaan, ordinan pelajaran 1957, Falsafah Pendidikan kebangsaan 1983 dan beberapa penyata serta akta pendidikan yang lain telah membolehkan semua kaum berkomunikasi secara berkesan menggunakan bahasa Melayu. Galakan ini diberikan pada para pelajar kerana mereka adalah aset negara yang amat berharga, yang bakal menjadi tonggak pimpinan negara untuk memacu wawasan yang berjaya. Andai mereka kini mereka berpecah-belah, negara kita punah ranah. Andai kini mereka tidak bersatu padu, wawasan 2020 menjadi abu.
Hadirin sekalian,
            Secara analoginya, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan sejak dari zaman sebelum merdeka hinggalah kini. Pengenalan satu sistem pendidikan bercorak kebangsaan merupakan wadah mengeratkan hubungan kaum agar kita terus sehaluan. Berpaksikan kata kunci sistem pendidikan, saya bawakan kepada anda entiti saya yang ketiga. Melalui sistem pendidikan yang sama, pelajar daripada pelbagai kaum akan belajar dan berinteraksi bersama secara tidak langsung akan menggalakkan proses perpaduan sesama mereka. Kementerian pelajaran juga telah memperkenalkan sekolah wawasan yang menempatkan tiga aliran pendidikan, iaitu kebangsaan , Cina dan India dalam satu kawasan. Interaksi antara 3 aliran pendidikan ini akan memperkasa hubungan antara kaum melalui pergaulan, proses pengajarn dan pembelajaran dan yang paling utama sikap tolenrasi di alam persekolahan. Datuk Mukhriz Tun Mahathir, mencetuskan antara punca kita gagal membentuk perpaduan kaum yang tulen adalah disebabkan sistem pendidikan kita yang beraneka corak mengikut bangsa.cadangan Datuk Mukhriz ini dilihat seiringan dengan laporan Jawatankuasa Barnes 1951 dan Laporan Penyata Razak 1956. Malah tokoh-tokoh pendidikan seperti Aminuddin Baki dan Tan Sri Ainuddin Wahid juga bersetuju agar sistem pendidikan negara digembleng menjadi satu jenama bagi mengelakkan kepelbagaian warna kurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Hal ini kerana institusi persekolahan dianggap medan perhimpunan bagi para pelajar menyemai semangat perpaduan. Kita sedia maklum untuk membuat satu perubahan dalam sistem pendidikan yang sedia ada bukanlah satu kerja mudah. Namun kita harus tahu, perubahan ini adalah demi matlamat yang satu, ke arah penyemaian benih-benih perpaduan untuk jangkas masa panjang agar bangsa kita terus bersatu.

Sidang Pendengar Budiman,
            Ramuan perpaduan kaum bukan sahaj melibatkan institusi persekolahan dan aktiviti pembelajaran namun turut disumbangkan dengan penganjuran pelbagai program pendidikan, entiti pidato saya yang keempat. Contoh yang jelas lagi bernas Program Pendidikan Prasekolah diselitkan satu program yang dinamakan Tabika Perpaduan. Program yang diperkenalkan pada tahun 1976 ini merupakan program yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur 5-6 tahun. Objektifnya mudah saja, membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya setiap bangsa. Kanak-kanak yang masih bersih pemikirannya harus disogokkan dengan kemahiran, ilmu pendidikan dan kaedah berinteraksi secara tepat agar di masa hadapab mereka tidak bercanggahan pendapat. Pemupukan semangat perpaduan ini dalam bidang pendidikan tidak terhenti separuh jalan. Pemerkasaan diteruskan dengan wujudnya Program RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Disebabkan wujudnya kesedaran bahawa perpaduan tonggak kekuatan dan kstabilan, program RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemai sikap bersatu padu dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah lagi. Peranan RIMUP dalam penyatuan bangsa dalam kalangan anak muda jelas sekali apabila ia dimasukkan dalam Teras 1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina negara bangsa. Sesungguhnya negara bangsa tidak dapat dicapai, andai tidak wujud persefahaman, permuafakatan, perpaduan dan semua ini harus bermula daripada 1 tapak yang dinamakan pendidikan. Apa yang jelas di sini, kedua-dua program ini menyumbang kepada perkongsian budaya dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Hadirin yang dihormati sekalian,
            Telah kita tinjau sejarah lampau, kita sapa penggunaan bahasa, kita teruskan dengan sistem pendidikan, tidak cukup dengan itu saya canangkan pula program pendidikan negara. Kini saya bawa anda semua untuk melihat kouta pengambilan pelajar ke universiti yang juga merupakan entiti pidato saya yang kelima. Di sini saya mengambil contoh Universiti Malaya pada kemasukkan pelajar sesi 2002 / 2003, sistem kouta telah dihapuskan dan diganti dengan satu sistem baru yang bernama sistem meritoktrasi. Penghapusan sistem kouta bukan bermakna hak bumiputera tidak dijaga. Namun jika kita lihat dari segi rasionalnya, penghapusan sistem kouta adalah untuk menyeimbangi peluang pendidikan antara rakyat berbilang bangsa di Malaysia. Tidak dapat dinafikan dengan terbukanya peluang pendidikan yang sama, semangat perpaduan dapat dijana melalui pergaulan pelajar berbilang bangsa semasa mereka menuntut imu di dada. Sikap toleransi ke arah pemupukan perpaduan dalam dunia pendidikan terus gah apabila jumlah biasiswa atau pinjaman pelajar bukan bumiputera dinaikkan daripada 10% kepada 45% mulai tahun 2008. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan melalui pendidikan berusaha untuk menyemai nilai perpaduan agar tiada pelajar yang berasa dipinggirkan kerana mereka inilah titik permulaan kepada sebuah kejayaan.

            Akhir kata, slogan pendidikan untuk perpaduan sudah lama dijaja oleh ahli akademik, tokoh-tokoh pendidikan dan pencinta perpaduan. Ia bukanlah satu sitilah yang sukar untuk diberiakan pengertian atau untuk diperbahaskan. Malah ia tidak memerlukan seminar atau forum yang menghimpunkan para ilmuan khusus untuk menobatkan kepentingan pendidikan bagi membenihkan perpaduan. Andai ada orang bertanya, bagaimana perpaduan mampu dijana? Jawapannya mudah saja iaitu, pendidikan, sebuah lagu yang telah lama kita nyanyikan, menjadi benih kasih dan impian, penjana perpaduan teras kejayaan. Ayuh, sayak ajak anda semua yang berada di hadpaan saya, sama-sama kita makmurkan bumi bertuah, negara kia merdeka kekal muhibbah, kita genggam erat pendidikan sebagai wadah perpaduan, bersama menuju destinasi kegemilangan.

Sekian, Nahkoda IPSAH, anak kebanggan bumi bertuah...Mohon mengundur diri

Pengucapan Awam (PIDATO)

DASAR 1 MURID, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA


Suatu ketika dahulukala
Melodinya berkumandang di mana-mana
Cogan katanya menjadi sebutan di seluruh negara
Berpaksikan susunan kata alunan lagunya
“Ke Arah Malaysia Cergas” nama dicipta

Setelah sekian lama menyepi
Hadirnya kadang-kala wujud di alam mimpi
Kini ia hadir semula dan konsepnya telah dijana

Dasar 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia

Mohon Perhatian Anda Semua
Tajuk utama sudah sampai ke telinga

            Yang dihormati, saudara peneraju agenda, dif-dif kehormat, penjaga masa yang sentiasa setia dengan detik jam waktunya dan anda semua, warga dewan, pengamal gaya hidup sihat yang mulia. Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Tirai bicara saya buka.
            Kamus dewan edisi keempat dengan jelas mendefinisikan dasar sebagai asas atau teras. 1 murid didefinisikan sebagai semua murid bersatu manakal 1 sukan dijelaskan sebagai program yang melibatkan 1 aktiviti sukan. Perdana Menteri kita yang tercinta, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sendiri mencetus pemikiran bahawa 1 Malaysia itu kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Secara tuntasnya, tajuk pidato ini dapat saya simpulkan sebagai semua murid bersukan bersama dalam menjana 1 Malaysia, yang mana mampu dijana melalui sumber, tenaga pengajar, kemudahan dan prasarana sukan, perubahan minda, insentif untuk murid dan guru menjadi pembawaan kepada pidato saya hari ini.

Hadirin sekalian
            Manakan berdiri pohon kalau tidak kerana akarnya, manakan timbul berita kalau tidak ada mulut yang membawa dan manakan wujud sesebuah kejayaan kalau tidak ada sumbernya. Berpandukan 6 faktor utama yang mana sumber induknya, saya bawakan kepada anda indikator pidato saya yang pertama. Dalam menuju ke arah kejayaan perlaksanaan dasar ini amatlah diperlukan pelbagai sumber untuk menjana kekuatan perlaksanaannya. Melalui 6 sumber utama, dasar ini pasti akan menuju ke puncak jayanya. Yang pertama, buku panduan perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan yang mana bakal menjadi panduan dan rujukan kepada guru, ibu bapa dan murid. Yang kedua, buku panduan pengurusan olahraga di sekolah yang akan menjadi panduan penganjuran kejohanan olahraga. Yang ketiga, manual latihan sukan untuk guru penasihat sukan. Melalui perlaksanaannya, manual latihan 10 jenis sukan dan 1 modul untuk murid berkeperluan khas bakal disediakan. Yang keempat, program sukan pendidikan khas yang mana memperuntukkan modul program secara integrasi. Yang kelima, surat siaran perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan yang dikeluarkan kepada sekolah sebelum akhir bulan November. Surat ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah tentang dasar baru kerajaan ini. Yang keenam dan terakhir sekali iaitu skim bantuan kewangan sukan yang berjumlah Rm 4 bagi sekolah rendah dan Rm 6 bagi sekolah menengah. Hal ini bakal meningkatkan lagi aktiviti sukan di sekolah-sekolah seluruh negara.
            Menyelusuri indikator pidato saya yang kedua, berpaksikan kata kunci tenaga pengajar. Dalam menyemarakkan lagi usaha perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan ini, para guru bakal dilatih khas dalam bidang sukan dengan mengadakan latihan pra-perkhidmatan di 6 institut pendidikan guru. Hal ini bertujuan untuk melatih guru-guru sebagai jurulatih sukan menerusi Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Apa yang paling membanggakan, jawatan jurulatih sukan sekolah dicadangkan sebagai satu kerjaya baru bagi menjayakan lagi dasar ini. Perkara ini masih lagi dalam perbincangan antara Kementerian Pelajaran dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Andai kata perkara ini berjaya, majulah sukan untuk negara.

Sidang Pendengar Budiman,
            Kemudahan dan prasarana sukan, indikator pidato saya yang ketiga. Melihat sendiri kepada prasarana sekolah-sekolah di seluruh negara, nyata-nyata kebanyakkan sekolah masih mengalami masalah dalam kekurangan padang. Disebabkan inilah kerajaan mensasarkan bahawa masalah ini bakal diselesaikan dengan memberi nisbah 1:505 bagi sekolah menengah dan 1:1103 bagi sekolah menengah bagi wujudnya padang-padang di sekolah untuk kemudahan sebarang aktiviti sukan. Bagi menjayakan hal ini, kerajaan mewujudkan sistem pengumpulan kemudahan dan prasarana sukan (i-keps) untuk memudahkan pengumpulan maklumat kemudahan yang terdapat di semua sekolah yang bakal dilaksanakan pada tahun 2011. Sesungguhnya kewujudan sistem ini amat penting bagi memudahkan pengenalpastian masalah kemudahan sukan yang terdapat di sekolah-sekolah.
            Menerjah isi kandungan yang seterusnya, saya bawakan kepada anda indikator pidato saya yang keempat berlandaskan susunan kata jaringan bersama. Sesungguhnya Dasar 1 Murid 1 Sukan ini bukan sahaja melibatkan dunia atau Kementerian pelajaran semata-mata, bahkan melibatkan 4 lagi kementerian yang mana berupaya untuk menghidupkan arena sukan negara. Kementerian belia dan Sukan contohnya, yang juga merupakan penggerak utama sukan negara kita. Gabungan mantap kementerian ini dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bakal memajukan lagi industri sukan negara dengan mewujudkan kursus kejurulatihan bagi setiap acara sukan. Kementerian Perumahan dan kerajaan tempatan berperanan dalam menyediakan sekolah yang menggunakan kemudahan secara percuma atau kadar potongan 80% bagi memudahkan lagi aktiviti dalam Dasar 1 Murid 1 Sukan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, Kementerian Pengajian Tinggi yang juga merupakan saudara utama kepada Kementerian Pelajaran mampu menjana 1 hubungan sama seperti siswa dan siswi boleh menjadi sukarelawan dalam latihan pratikal sukan, para pensyarah boleh membentuk 1 persatuan sukan untuk dianjurkan kejohanan serta memberi khidmat kepakaran dalam sukan. Ini amat membantu sekali dalam perkembangan sukan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Bukan itu sahaja, perkembangan Dasar 1 Murid 1 Sukan ini turut melibatkan Kementerian Pelancongan yang mana boleh melibatkan dir dalam aturcara supaya dapat menarik pelancong luar untuk mengetahui aktivti dalam negara secara tidak langsung bakal mempromo sikan sistem pendidikan dalam negara kita.

Sidang Dewan Sekalian,
            Setelah berkisar lama di bawah 4 indikator utama, kita kini tiba di indikator pidato saya yang kelima di bawah kata kunci perubahan minda dan insentif untuk guru dan murid. Pengenalan dasar baru ini mungkin akan menyebabkan ramai pihak tertanya-tanya dan mungkin ada segelintir pihak kurang menyetujuinya. Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, taklimat Dasar 1 Murid 1 Sukan harus diberikan agar semua pihak terutamanya guru-guru dan ibu bapa faham mengenainya serta tidak menimbulkan sebarang spekulasi kelak. Insentif juga harus diberikan kepada pelajar dan guru. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah penilaian markah wajib bagi aktiviti sukan dan penilaian untuk guru. Melalui hal ini, mereka akan berasa dihargai dan secara tidak langsung menyemarakkan lagi perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan ini.
            Akhir sekali, perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia ini amat penting bagi memupuk gaya hidup sukan dalam kalangan rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Rakyat yang cergsa baka mempunyai minda yang cerdas. Minda yang yang cerdas menyumbang kepada idea yang bernas. Idea yang bernas membantu pembangunan negara secara pantas serta menjadikan Malaysia seiring kemajuannya dengan negara-negara lain di dunia.

Sekian, Terima Kasih.



BMK-Pengacaraan Majlis


DEFINISI


Satu sistem peradaban dalam pengurusan dan kehadiran majlis rasmi yang membudayakan amalan nilai-nilai tertib kesopanan perlu dipatuhi oleh tetamu dan penganjur.

Pengacara ialah individu yang mengendalikan perjalanan acara-acara dalam sesuatu majlis, persembahan atau pertunjukkan. Pengacara juga disebut sebagai juruacara yang merujuk kepada orang yang memimpin sesuatu majlis.

Majlis pula dirujuk sebagai perjumpaan yang mengumpulkan orang ramai atau sesuatu keramaian yang diadakan untuk sesuatu tujuan. Majlis boleh merujuk kepada tempat perjumpaan bagi melaksanaan sesuatu sambutan

Gabungan dua perkataan iaitu “pengacara” dan “majlis” menjadi kata majmuk yang membentuk pengacara majlis. Mereka ini berperanan sebagai pengendali dalam sebarang majlis yang dianjurkan.


JENIS MAJLIS

MAJLIS RASMI
*      Merupakan majlis yang sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan.
*      Contohnya ialah majlis perasmian/penutup, majlis taklimat kompleks, majlis penganugerahan, dan melibatkan kedua-dua taraf hadirin.

MAJLIS TIDAK RASMI
*      Adalah perbelanjaannya tidak ditanggung oleh kerajaan.
*      Gabungan formal dan tidak formal seperti majlis sosial, majlis perpisahan, majlis taklimat ringkas, majlis hiburan dan hanya melibatkan satu taraf hadirin.

MAJLIS SEPARUH RASMI
*      Majlis anjuran kerajaan tetapi tidak mematuhi protokol sepenuhnya.
*      Tidak melibatkan  barisan orang kenamaan yang ramai dan hanya mempunyai satu taraf hadirin sahaja.


CIRI-CIRI PENGACARAAN MAJLIS

v  Pengacara majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan, tidak kekok tampil ke hadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin.
v  Mereka peka dengan situasi majlis, termasuk sebarang perubahan yang berlaku di saat-saat akhir.
v  Sentiasa bersedia untuk mengumumkan dan memaklumkan apa-apa yang akan berlaku mengikut urutan majlis kepada para hadirin.
v  Mempunyai suara yang jelas, ceria dan dapat menghidupkan suasana majlis.
v  Seorang yang kreatif dan mampu melahirkan ujaran yang spontan sekiranya terdesak.
v  Tidak kaku dan tidak juga berbicara dengan aksi-aksi yang keterlaluan.
v  Berketerampilan dan dapat membezakan kelainan yang terdapat dalam sesuatu majlis seperti majlis rasmi, separuh rasmi dan tidak rasmi.
Tahu menyusun pengucapan bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial



FORMAT


BAHAGIAN 1
*      Tajuk majlis terletak di bahagian atas skrip pengacaraan :
                      I.        Nama majlis
                    II.        Tempat
                   III.        Tarikh
                  IV.        Masa.

BAHAGIAN 2
*      Kandungan perlu mengikut aturcara majlis :
                      I.        Pengumuman umum
                    II.        Ketibaan tetamu kehormat
                   III.        Kata alu-aluan
                  IV.        Bacaan doa (lihat kesesuaian majlis)
                   V.        Ucapan penganjur/perasmi
                  VI.        Penyampaian hadiah/cenderahati



BAHAGIAN 3
*      Penutup. Dalam acara ini akan ada salam penutup/ perpisahan
*      Turut diadakan ialah jamuan ( berbeza mengikut taraf peringkat hadirin )