Monday, August 29, 2016

SALAM SEMUA

hampir dua tahun dah Chris tak update blog. Sedar tak sedar, sudah bergelar sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Merambut. Sebuah sekolah yang terletak 20 minit daripada bandar Limbang tempat kelahiran Chris sendiri.

Sekolah ini hanya dapat dihubungkan oleh sungai. Syukur kerana dipostingkan di sini dan semoga penempatan pertama ini menjadi satu penanda aras ke mana arah Chris sebagai seorang guru prasekolah selepas ini.

Saya bukan seorang guru pelatih yang cemerlang namun akan cuba yang terbaik dalam mendidik anak-anak prasekolah

Inilah kelas prasekolah chris. Prasekolah Al-Ghazali


Thursday, March 20, 2014

Pidato 1 Malaysia

Yehaaaaaaaaaaaaaa...
ahakz.. rasanya lama sangat dh chris dh x update blog sjak kebelakangan ini..

Hari nie Chris telah berjaya dinobatkan sebagai JOHAN Pidato 1 Malaysia bukan Melayu Peringkat Negeri Kedah 2014..

Syukur sangat2 kepada Tuhan atas berkat yang diberikan... Sesungguhnya Chris x sangka akan memenangi pertandingan ini kerana para peserta yang lain menampilkan persembahan yang begitu menarik dan memberikan saingan yang sengit sekali...

Pada kali ini, Chris mewakili Daerah Kuala Muda kerana IPG Kampus Sultan Abdul Halim berada di bawah Daerah Kuala Muda..

Semua org begitu hebat... namun berkat usaha dan bimbingan drpd para pensyarah selama ini.. Akhirnya Chris berjaya juga... Ucapan Terima Kasih diucapkan kepada pensyarah terutama sekali Cik Azniza, Encik Januri daripada Jabatan Pengajian Melayu IPSAH kerana bimbingan yang diberikan..

Terima Kasih juga kepada sahabat2 spt Avra dan Felicia kerana sudi membantu dalam mengendalikan bahan sokongan semasa berpidato tadi... Terima Kasih banyak2..hheheheee...

Terima Kasih juga kepada Jabatan Penerangan Daerah Kuala Muda kerana banyak memberi sokongan..

TQ Juga kepada kak Razan dan Abang SyafiQ diatas bantuan teks.. Teks itu sangat membantu saya..

Dan sesungguhnya pada kali ini, satu pekara yang menggemparkan bakal berlaku... Chris bakal mewakili negeri Kedah ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sarawak nanti iaitu negeri kelahiran Chris sendiri... Xpa.. Kedah merupakan rumah kedua buat Chris selepas Sarawak, jadi Chris akan cuba yang terbaik di peringka kebangsaan untuk membawa kejayaan buat Negeri Kedah.. :)


bersama sahabat yg bnyak membantu, AVra dan Felicia



bersama pensyarah.. Encik JAnuri



bersama wakil Jbtn Penerangan Kuala Muda



Bersama peserta



ini saya..hehhee

Sunday, February 17, 2013

Kem Pelajar Borneo 2

Shallom n Salam Damai semua
Baru2 nie Chris join camp Christian sekali lagi
bertempat di Christian Convention Centre, Batu Feringghi Penang..

pd mulanya..
chris x sedapt hati nk join camp nie
mcm ada something yg x kena..
mcm malas saja nk ikut camp

namun rancangan Tuhan jugalah yang terbaik
chris brsama 12 orang rakan2 yg lain pergi join camp ini..

smpai di camp..
perkara sebaliknya terjadi..
Rasa malas dan lain tadi bertukar menjadi sukacita yang amat luar biasa
dgn merasakan kehadiran Roh Kudus dan kasih Yesus 
dalam setiap sesi yang dijalankan..

dalam camp yg bertemakan "Bukan Sekadar Tukang Kayu" ini
banyak sekali isu yang dikupas dan difokuskan kepada Injil Markus..
contohnya.. 
Adakah Yesus jalan kebenaran?
Kebangkitan Yesus
Mukjizat yang dilakukannya..
dan banyak lagi...

dan satu prkara yang amat menyentuh hati ialah.. apabila dikatakan

"Kita adalah Guru..menjadi tugas kita sebagai Agen Kristus dalam menyampaikan firmanNya kepada mereka yang hauskan firman Tuhan di luar sana"

perkongsian dan pelayanan yang melibatkan gelak tawa dan air mata.. kerendahan hati dalam berkongsi.. banyak membuka hati ini untuk sentiasa mengingati dan menguatkan Iman dalam apa jua yg dilakukan...

Sesungguhnya.. Impak yang besar telah diperolehi sepanjang camp ini berlangsung.. Yuran RM100 yang dibayar tidak sia-sia dengan merasakan kuasa dan kasih karunia daripadaNya...

sini chris nak share gambar time camp..


aaaa..nie semua peserta.. bakal2 cikgu dr
IPSAH,IPDA,I4P,IPPerlis,IP Ipoh


ceeeeehhh..ni group Chris
-Generous Gloves-
I miss them :')



-Teachers Christian Fellowship-



wuuu..time nak balik dh...



nah...smpat lgi ambik gambar smbil tnggu bas ambil..


eeehhaaa..nie pasukan
Christian Fellowship IPSAH



muka2 sedih nk meninggalkan camp


banyak lagi kenangan yg cukup indah dalam pelayanan bersama-sama saudara seiman dalam Yesus sepanjang camp 4 hari 3 malam ini.. sesungguhnya pengalaman dan memori indah itu akan terpahat dalam sanubari semua peserta camp.. apa yang penting.. kami x pulang dgn tangan kosong.. kami pulang dgn hati dan jiwa yg sentiasa dipenuhi dgn Roh Kudus utk menyebarkan firmanNya... Moga-moga tiap2 orang yg mengikuti camp ini.. akan diberkati selamanya..

-God Bless-

Sunday, October 14, 2012

Debat Zon Utara

aaaaaaaa...
tidak tahu apa hendak dikata...
mulut yang selalu menutur bicara..
kini mendiam seribu bahasa..naaa

baru sahaja beberapa minggu lepas join Pidato
dapat JOHAN Zon Utara..
minggu nie pulak.. ikut Debat IPG Peringkat Zon Utara..
mmg takut juga la..
sbb pasukan zon utara nie hebat2 kalau debat..

3 IPG dan ada 4 Pasukan kesemuanya..
IPG Perlis selaku tuan rumah mnghantar 2 pasukan.. Perlis A dan B
IPG kami.. IPSAH n IPG Pulau Pinang..
gerun juga...
walaupun layak pg suku akhir semasa Debat Perpaduan di Terengganu dulu..
namun kita x boleh memandang rendah kekuatan pasukan lain..
IPG Pulau Pinang contohnya..
terpilih antara 6 IPG yang mwakili IPG Malaysia utk pg Debat IPT..
memang hebatlah saingan

namun.. berkat kerjasama yang jitu dan semangat yang padu..
team kami berjaya merangkul gelaran JOHAN Zon Utara..
Kakak kami yg trsayang.. Kak Razan diangkat menjadi Pendebat Terbaik..
nie sedikit cerita pasal debat..hehehhe

Pusingan pertama.. 
IPSAH (Kerajaan) VS IP Perlis A (Pembangkang)

Usul : Peranan Bahasa Melayu Berjaya Membentuk Perpaduan Kaum

Juri : 3-0
Magin : 9
Pndebat terbaik : Abang Syafiq Shamsuddin (IPSAH)
Usul : Diterima (IPSAH menang)

Pusingan Kedua
IPSAH (Kerajaan) VS IP Perlis B (Pembangkang)

Usul : Bahasa Melayu Layak Menjana Kemajuan Bahasa

Juri : 2-1
Magin : 3.5
Pendebat terbaik : Syafiq Ghani (IP Perlis)
Usul : Diterima (IPSAH menang)

Pusingan AKHIR
IP Pulau Pinang (Kerajaan) VS IPSAH (Pembangkang)

Usul : Teknologi Maklumat Menyebabkan Kecelaruan Bahasa Melayu

Juri : 5-0
Magin : 5
Pendebat Terbaik : Kak Razan (IPSAH)
Usul : Ditolak (IPSAH menang)

......
dah tengok kan usul dia..
semuanya berkisar tentang bahasa Melayu..
buat kali pertama masuk debat nak pecah kepala
tajuk susah gila..
dah la selalu berada di pihak yang kurang kelebihan..

namun Rasa Syukur dipanjatkan kepada Tuhan..
x sia-sia perbincangan yang dilakukan setiap malam...
memang x sangka akan jadi juara..
sbb semua pasukan hebat2..
namun..
terima kasih pada TEAM DEBAT IPSAH, Pensyarah, IPSAHAN...
krana doa dan sokongan anda semua..
kami berjaya....
yeahh.. nie gambar2 time debat.. hehehe..


semasa Kuarantin



teliti mendengar hujah.. O_o"


sakit tekak asyik bertikam lidah.. =_="


hahhh.. Perdana Menteri membentangkan usul.. >_<


menteri-menteri khusyuk mendengar..haha


tett..terjumpa dengan geng IP Penang


aaaa..nie kami..
Chris, Syafiq, Razan & Pereira


entah apa2 leeee...


post dulu b4 debat.. hehe..


naaaa..nie hadiah...haha


bersama pensyarah.. :D

....
walaupun penat.. namun inilah hasilnya.........
semoga terus maju kawan2 semua.......
GAMBATEH.. !!!!!




Thursday, October 4, 2012

Pidato

yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!!
Ehem...
Satu senyum tawa terukir di wajah pria muda..
bukan tandanya sudah gila..
namun kejayaan sudah ditempa..

naaaa.. chris nak share sikit
..tadi chris join Pertandingan Pidato 1 Malaysia
di IPG Kampus Pulau Pinang...
khas utk bukan MELAYU...

puhhh..sebelum smpai ke kisah sebenar..
meh chris nak crita skit prjalanan
prsediaan utk pidato ini..

TENSION kotttttt...
baru tahu ahad lepas..then khamis bertanding..
15 minit lagi tu...aduhh..
mcm Forum pulak...

dalam prjalanan mnuju destinasi prtandingan..
mcm brmain di minda..
apa agaknya terjadi nanti.. emmmm...
dgn penuh keyakinan
langkah kaki digerakkan..

alaaa..nak saiko konon.. >_<""
sekali2 dapat giliran no 1..
GUlp...ambik kau... confident sangatttt..
tp apa boleh buat..pasrah saja la...

time kat pentas...tettt
habis bercelaru aku merapu..
dah la time aku pidato ..
tiba2 lagu Negaraku trpasang dgn sendirinya...
WHATEVER.. aku teruskan juga merapu........

mmg x sangka sangat2 akan dpt juara..
sbb saingan sengit2 belaka...
dh la chris time pidatok x lancar...
aduhhhhhh..mak aikk..

tapi rasa syukur dipanjatkan...
chris dapat JOHAN.. :)

terima kasih la kpd pnsyarah, kawan2 yg banyak bantu...
hehehhee... :)
nie gambar2 time pidato tadi..


meraikan kemenangan..


brsama rakan sepejuangan n pnsyarah



hujah dilontarkan.. >_<

hahhahahhahahaa....walaupun dapat JOHAN..namun masih banyak yg perlu diperbaiki utk kebaikan di masa hadapan.... GAMBATEH..!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, August 26, 2012

TCF CAMP 2012

Praise the lord..
last week telah mengikuti TCF Camp buat kali kedua di Methodist College Kuala Lumpur..
sedikit terkilan kerana jumlah pada kali ini sedikit sahaja..iaitu 58 orang jika dibandingkan dengan tahun lepas sebanyak 120 lebih orang..
Namun bersyukur juga, sbb walaupun sedikit.. cukup rasa diberkati sekali..
kali nie team IPSAH hantar 18 orang..group paling ramai..hahaha..
mmg best la camp kali nie
Terima kasih ya Tuhan kerana memberikan aku kesempatan menyertai camp ini...
bnyak sekali input yang diperolehi..
jmpa kawan baru...
ikut treasure hunt
& mcam2 lg..
meh kita tngok ramai2.. serba sedikit ragam ketika camp..


naaaaa..nie dlm bilik meeting..

semua yg ikut camp nie...hehe


time makan..bahagia saja muka2 IPSAH

nie geng2 dapur time cap.. :)


geng baju hujan time treasure hunt...

eeehhaaaa...treasure hunt around KL.. :D


nie senaman petang..making melody in my heart.. 

nie koordinator dia..paling manang.. 


sesi praise n worship

berikan kemuliaan pd Tuhan

fill in my cup oh Lord...

Halleiluya...Praise the Lord


sepetang bersama..main bola tampar..haha

geng "Kami Di Sini"..


nie time fun night..menggoda betull..

nie la besttt..berebut anak..hahaha


naaa..yg nie penganjur.. Miss J


nie IPSAHAN...:D


sesi penghargaan pd TCF

..bnyak lagi gambar mau share..tp xpa la..boleh buka juga fb saya.. Chris Bearer..bnyak tu sana...
..apapun.. mengikuti camp ini merupakan satu keberkatan kpd saya utk mndapat pengetahuan berbanding menghabiskan masa cuti dengan aktiviti yang sia-sia.. Lain kali mau ikut lagi kalau ada camp...
& moga Tuhan sntiasa memberikan jalan n peluang utk camp lagi.....

PRAISE THE LORD.. D

Monday, June 18, 2012

PIDATO 1 MALAYSIA

PENDIDIKAN WADAH PERPADUAN NEGARA



Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Hadirnya hamba kasih terbentang
Berdiri teguh bangsa dijulang
Hakikat hidup bukan kepalang
Untuk mencari perpaduan terbilang


Sejak dahulu kala bangsa kita terus diperkosa, oleh penjajah yang tamak haloba. Kita dilagakan hingga terjadi pergaduhan. Kita dipisah sehingga terjadi pertumpahan darah. Perpaduan yang kita impikan, semuanya menjadi tak keruan. Penyatuan kaum yang kita rancang, semuanya terus hilang. Disebabkan inilah, saya bangkit melangkah dan berdiri di hadapan anda sebagai pahlawan yang gagah. Bukan niat saya bediri di sini untuk menyanyi atau menari, bukan niat saya untuk mereka jenaka yang tak seberapa dan bukan juga niat saya berdiri di sini untuk berkempen demi pilihan raya. Mari kita berdendang, wadah perpaduan kita perdengarkan, mengikut gerak lagu mesra dialunkan, tanda permuafakatan membawa penyatuan. Gelanggang bicara saya buka, Pendidikan Wadah Perpaduan Negara. Salam aspisriasi seharum kasturi, salam sejahtera sejambak kenanga buat tuan penerahu acara. Barisan respektatif intelektual berkarisma, penjaga masa yang sentiasa setia serta sidang hadirin pencetus minda.



Sidang Dewan Sekalian,
            Kamus dewan edisi keempat dengan jelas mendefinisikan pendidikan sebagai perihal mendidik atau ilmu didik. Wadah dijelaskan sebagai medan atau saluran. Perpaduan pula diungkapkan sebagai penggabungan atau berpadu menjadi satu. Manakala negara dirujuk sebagai masyarakat yang menduduki kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Pendidikan wadah perpaduan negara mengajak dan mendesak kita untuk menilai dan merungkai bagaimana pendidikan dapat menjadi saluran menggabungkan masyarakat yang dimulakan dengan sejarah pendidikan, pemerkasaan bahasa melayu, sistem pendidikan, program pendidikan dan kouta pengambilan pelajar ke universiti. Kelima-lima entiti inilah menjadi pembawaan kepada pidato saya hari ini.

Hadirin sekalian,
            Jika kita singkap sejarah silam, memang terbukti yang pendidikan amat berperanan dalam penyatuan bangsa. Berpaksikan kata kunci sejarah pendidikan negara saya bawakan entiti pidato saya yang pertama. Dek kerakusan penjajah menguasai wilayah, bangsa kita dipecah-pecah. Setiap jenis sekolah dikhususkan mengikut kaum dan dibezakan mengikut kurikulum. Tidak cukup dengan itu, bahasa penghantar dijadikan berlainan, lokasi sekolah setiap kaum dibiarkan berjauhan agar kita terus tidak sehaluan. Namun bak kata orang tua-tua, langit tak semestinya sentiasa cerah. 1956, titik tolak pendidikan bermula ke arah pemupukan perpaduan. Disebabkan kepintaran mantan Perdana menteri kita yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang juga merupakan Menteri Pelajaran pada masa itu, terbentuklah Jawatankuasa Pelajaran yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Keunggulan Penyata Razak mula terserlah kerana telah menemui formula perpaduan kaum sebelum merdeka lagi. Berbekalkan matlamat mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai 1 rumupun bangsa di Tanah Melayu dan mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan, nyata-nyata Penyata Razak menampakkan hasil apabila wujud sistem pendidikan kebangsaan dan sistem peperiksaan yang sama telah diterapkan. Proses ini tidak berhenti begitu sahaja dan diteruskan lagi dengan wujudnya Laporan Rahman Talib dan pemerkasaan Akta pelajaran 1961 yang memberi penegasan kepada kurikulum ala Malaysia yang menghendaki setiap pelajar mengenali aspek budaya negara. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan termaktubnya Laporan kabinet 1979 dan rang undang-undang pendidikan 1995 yang turut menekankan prinsip yang sama dan membawa kepada penyatuan bangsa.

Sidang Dewan,
            Sejajar denga pengiktirana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, secara tidak lengsung ia memainkan peranan dalam proses perpaduan. Peranan bahasa melayu, kata kunci saya yang kedua. Lihat sahaja intipati dalam Dasar pendidikan negara, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan terus diperkasa. Dalam stratergi perlaksanaannya, bahasa Melayu digunakan di seluruh negara agar komunikasi rakyat berjaya. Apabila komunikasi berjaya melalui penggunaan satu bahasa, bangsanya merdeka. Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa Lingua Franca sejak zaman kesultanan Melayu Melaka yang banyak digunakan dalam perdagangan dan hubungan diplomatik antarabangsa. Kini bahasa melayu melebarkan sayapnya ke arah bidang pendidikan secara lebih mendalam. Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan syarahan dan Ujian bertulis (PBSUB) bagi SJKC dan SJKT. Hal ini membuktikan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam dunia pendidikan, jelas rakyat Malaysia bersatu dan dapat memupuk nilai perpaduan. Kita lihat sendiri ketika ini di sekolah-sekolah, tanpa ada resah dan gelisah para pelajar tanpa mengira bangsa dan agama, bertutur dalam bahasa Melayu dengan mudah dan petah. Betapa besar peranan bahasa Melayu dalam dunia pendidikan dalam usaha menyemai semangat perpaduan. Perlaksanaan Dasar bahasa kebangsaan, ordinan pelajaran 1957, Falsafah Pendidikan kebangsaan 1983 dan beberapa penyata serta akta pendidikan yang lain telah membolehkan semua kaum berkomunikasi secara berkesan menggunakan bahasa Melayu. Galakan ini diberikan pada para pelajar kerana mereka adalah aset negara yang amat berharga, yang bakal menjadi tonggak pimpinan negara untuk memacu wawasan yang berjaya. Andai mereka kini mereka berpecah-belah, negara kita punah ranah. Andai kini mereka tidak bersatu padu, wawasan 2020 menjadi abu.
Hadirin sekalian,
            Secara analoginya, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan sejak dari zaman sebelum merdeka hinggalah kini. Pengenalan satu sistem pendidikan bercorak kebangsaan merupakan wadah mengeratkan hubungan kaum agar kita terus sehaluan. Berpaksikan kata kunci sistem pendidikan, saya bawakan kepada anda entiti saya yang ketiga. Melalui sistem pendidikan yang sama, pelajar daripada pelbagai kaum akan belajar dan berinteraksi bersama secara tidak langsung akan menggalakkan proses perpaduan sesama mereka. Kementerian pelajaran juga telah memperkenalkan sekolah wawasan yang menempatkan tiga aliran pendidikan, iaitu kebangsaan , Cina dan India dalam satu kawasan. Interaksi antara 3 aliran pendidikan ini akan memperkasa hubungan antara kaum melalui pergaulan, proses pengajarn dan pembelajaran dan yang paling utama sikap tolenrasi di alam persekolahan. Datuk Mukhriz Tun Mahathir, mencetuskan antara punca kita gagal membentuk perpaduan kaum yang tulen adalah disebabkan sistem pendidikan kita yang beraneka corak mengikut bangsa.cadangan Datuk Mukhriz ini dilihat seiringan dengan laporan Jawatankuasa Barnes 1951 dan Laporan Penyata Razak 1956. Malah tokoh-tokoh pendidikan seperti Aminuddin Baki dan Tan Sri Ainuddin Wahid juga bersetuju agar sistem pendidikan negara digembleng menjadi satu jenama bagi mengelakkan kepelbagaian warna kurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Hal ini kerana institusi persekolahan dianggap medan perhimpunan bagi para pelajar menyemai semangat perpaduan. Kita sedia maklum untuk membuat satu perubahan dalam sistem pendidikan yang sedia ada bukanlah satu kerja mudah. Namun kita harus tahu, perubahan ini adalah demi matlamat yang satu, ke arah penyemaian benih-benih perpaduan untuk jangkas masa panjang agar bangsa kita terus bersatu.

Sidang Pendengar Budiman,
            Ramuan perpaduan kaum bukan sahaj melibatkan institusi persekolahan dan aktiviti pembelajaran namun turut disumbangkan dengan penganjuran pelbagai program pendidikan, entiti pidato saya yang keempat. Contoh yang jelas lagi bernas Program Pendidikan Prasekolah diselitkan satu program yang dinamakan Tabika Perpaduan. Program yang diperkenalkan pada tahun 1976 ini merupakan program yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur 5-6 tahun. Objektifnya mudah saja, membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya setiap bangsa. Kanak-kanak yang masih bersih pemikirannya harus disogokkan dengan kemahiran, ilmu pendidikan dan kaedah berinteraksi secara tepat agar di masa hadapab mereka tidak bercanggahan pendapat. Pemupukan semangat perpaduan ini dalam bidang pendidikan tidak terhenti separuh jalan. Pemerkasaan diteruskan dengan wujudnya Program RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Disebabkan wujudnya kesedaran bahawa perpaduan tonggak kekuatan dan kstabilan, program RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemai sikap bersatu padu dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah lagi. Peranan RIMUP dalam penyatuan bangsa dalam kalangan anak muda jelas sekali apabila ia dimasukkan dalam Teras 1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina negara bangsa. Sesungguhnya negara bangsa tidak dapat dicapai, andai tidak wujud persefahaman, permuafakatan, perpaduan dan semua ini harus bermula daripada 1 tapak yang dinamakan pendidikan. Apa yang jelas di sini, kedua-dua program ini menyumbang kepada perkongsian budaya dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Hadirin yang dihormati sekalian,
            Telah kita tinjau sejarah lampau, kita sapa penggunaan bahasa, kita teruskan dengan sistem pendidikan, tidak cukup dengan itu saya canangkan pula program pendidikan negara. Kini saya bawa anda semua untuk melihat kouta pengambilan pelajar ke universiti yang juga merupakan entiti pidato saya yang kelima. Di sini saya mengambil contoh Universiti Malaya pada kemasukkan pelajar sesi 2002 / 2003, sistem kouta telah dihapuskan dan diganti dengan satu sistem baru yang bernama sistem meritoktrasi. Penghapusan sistem kouta bukan bermakna hak bumiputera tidak dijaga. Namun jika kita lihat dari segi rasionalnya, penghapusan sistem kouta adalah untuk menyeimbangi peluang pendidikan antara rakyat berbilang bangsa di Malaysia. Tidak dapat dinafikan dengan terbukanya peluang pendidikan yang sama, semangat perpaduan dapat dijana melalui pergaulan pelajar berbilang bangsa semasa mereka menuntut imu di dada. Sikap toleransi ke arah pemupukan perpaduan dalam dunia pendidikan terus gah apabila jumlah biasiswa atau pinjaman pelajar bukan bumiputera dinaikkan daripada 10% kepada 45% mulai tahun 2008. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan melalui pendidikan berusaha untuk menyemai nilai perpaduan agar tiada pelajar yang berasa dipinggirkan kerana mereka inilah titik permulaan kepada sebuah kejayaan.

            Akhir kata, slogan pendidikan untuk perpaduan sudah lama dijaja oleh ahli akademik, tokoh-tokoh pendidikan dan pencinta perpaduan. Ia bukanlah satu sitilah yang sukar untuk diberiakan pengertian atau untuk diperbahaskan. Malah ia tidak memerlukan seminar atau forum yang menghimpunkan para ilmuan khusus untuk menobatkan kepentingan pendidikan bagi membenihkan perpaduan. Andai ada orang bertanya, bagaimana perpaduan mampu dijana? Jawapannya mudah saja iaitu, pendidikan, sebuah lagu yang telah lama kita nyanyikan, menjadi benih kasih dan impian, penjana perpaduan teras kejayaan. Ayuh, sayak ajak anda semua yang berada di hadpaan saya, sama-sama kita makmurkan bumi bertuah, negara kia merdeka kekal muhibbah, kita genggam erat pendidikan sebagai wadah perpaduan, bersama menuju destinasi kegemilangan.

Sekian, Nahkoda IPSAH, anak kebanggan bumi bertuah...Mohon mengundur diri