Monday, June 18, 2012

BMK-Pengacaraan Majlis


DEFINISI


- Satu sistem peradaban dalam pengurusan dan kehadiran majlis rasmi yang membudayakan amalan nilai-nilai tertib kesopanan perlu dipatuhi oleh tetamu dan penganjur.

- Pengacara ialah individu yang mengendalikan perjalanan acara-acara dalam sesuatu majlis, persembahan atau pertunjukkan. Pengacara juga disebut sebagai juruacara yang merujuk kepada orang yang memimpin sesuatu majlis.

- Majlis pula dirujuk sebagai perjumpaan yang mengumpulkan orang ramai atau sesuatu keramaian yang diadakan untuk sesuatu tujuan. Majlis boleh merujuk kepada tempat perjumpaan bagi melaksanaan sesuatu sambutan

- Gabungan dua perkataan iaitu “pengacara” dan “majlis” menjadi kata majmuk yang membentuk pengacara majlis. Mereka ini berperanan sebagai pengendali dalam sebarang majlis yang dianjurkan.


JENIS MAJLIS

- MAJLIS RASMI
*      Merupakan majlis yang sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan.
*      Contohnya ialah majlis perasmian/penutup, majlis taklimat kompleks, majlis penganugerahan, dan melibatkan kedua-dua taraf hadirin.

MAJLIS TIDAK RASMI
*      Adalah perbelanjaannya tidak ditanggung oleh kerajaan.
*      Gabungan formal dan tidak formal seperti majlis sosial, majlis perpisahan, majlis taklimat ringkas, majlis hiburan dan hanya melibatkan satu taraf hadirin.

MAJLIS SEPARUH RASMI
*      Majlis anjuran kerajaan tetapi tidak mematuhi protokol sepenuhnya.
*      Tidak melibatkan  barisan orang kenamaan yang ramai dan hanya mempunyai satu taraf hadirin sahaja.


CIRI-CIRI PENGACARAAN MAJLIS

v  Pengacara majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan, tidak kekok tampil ke hadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin.
v  Mereka peka dengan situasi majlis, termasuk sebarang perubahan yang berlaku di saat-saat akhir.
v  Sentiasa bersedia untuk mengumumkan dan memaklumkan apa-apa yang akan berlaku mengikut urutan majlis kepada para hadirin.
v  Mempunyai suara yang jelas, ceria dan dapat menghidupkan suasana majlis.
v  Seorang yang kreatif dan mampu melahirkan ujaran yang spontan sekiranya terdesak.
v  Tidak kaku dan tidak juga berbicara dengan aksi-aksi yang keterlaluan.
v  Berketerampilan dan dapat membezakan kelainan yang terdapat dalam sesuatu majlis seperti majlis rasmi, separuh rasmi dan tidak rasmi.
Tahu menyusun pengucapan bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial



FORMAT


BAHAGIAN 1
*      Tajuk majlis terletak di bahagian atas skrip pengacaraan :
                      I.        Nama majlis
                    II.        Tempat
                   III.        Tarikh
                  IV.        Masa.

BAHAGIAN 2
*      Kandungan perlu mengikut aturcara majlis :
                      I.        Pengumuman umum
                    II.        Ketibaan tetamu kehormat
                   III.        Kata alu-aluan
                  IV.        Bacaan doa (lihat kesesuaian majlis)
                   V.        Ucapan penganjur/perasmi
                  VI.        Penyampaian hadiah/cenderahati



BAHAGIAN 3
*      Penutup. Dalam acara ini akan ada salam penutup/ perpisahan
*      Turut diadakan ialah jamuan ( berbeza mengikut taraf peringkat hadirin )









No comments:

Post a Comment