PENDIDIKAN WADAH PERPADUAN NEGARA
Bukan
lebah sebarang lebah
Lebah
bersarang di rumpun buluh
Bukan
sembah sebarang sembah
Sembah
menyusun jari sepuluh
Hadirnya
hamba kasih terbentang
Berdiri
teguh bangsa dijulang
Hakikat
hidup bukan kepalang
Untuk
mencari perpaduan terbilang
Sejak
dahulu kala bangsa kita terus diperkosa, oleh penjajah yang tamak haloba. Kita
dilagakan hingga terjadi pergaduhan. Kita dipisah sehingga terjadi pertumpahan
darah. Perpaduan yang kita impikan, semuanya menjadi tak keruan. Penyatuan kaum
yang kita rancang, semuanya terus hilang. Disebabkan inilah, saya bangkit
melangkah dan berdiri di hadapan anda sebagai pahlawan yang gagah. Bukan niat
saya bediri di sini untuk menyanyi atau menari, bukan niat saya untuk mereka
jenaka yang tak seberapa dan bukan juga niat saya berdiri di sini untuk
berkempen demi pilihan raya. Mari kita berdendang, wadah perpaduan kita
perdengarkan, mengikut gerak lagu mesra dialunkan, tanda permuafakatan membawa
penyatuan. Gelanggang bicara saya buka, Pendidikan
Wadah Perpaduan Negara. Salam
aspisriasi seharum kasturi, salam sejahtera sejambak kenanga buat tuan penerahu
acara. Barisan respektatif intelektual berkarisma, penjaga masa yang sentiasa
setia serta sidang hadirin pencetus minda.
Sidang
Dewan Sekalian,
Kamus dewan edisi keempat dengan
jelas mendefinisikan pendidikan sebagai perihal mendidik atau ilmu didik. Wadah
dijelaskan sebagai medan atau saluran. Perpaduan pula diungkapkan sebagai
penggabungan atau berpadu menjadi satu. Manakala negara dirujuk sebagai
masyarakat yang menduduki kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan.
Pendidikan wadah perpaduan negara mengajak dan mendesak kita untuk menilai dan
merungkai bagaimana pendidikan dapat menjadi saluran menggabungkan masyarakat
yang dimulakan dengan sejarah pendidikan, pemerkasaan bahasa melayu, sistem
pendidikan, program pendidikan dan kouta pengambilan pelajar ke universiti.
Kelima-lima entiti inilah menjadi pembawaan kepada pidato saya hari ini.
Hadirin
sekalian,
Jika kita singkap sejarah silam,
memang terbukti yang pendidikan amat berperanan dalam penyatuan bangsa.
Berpaksikan kata kunci sejarah pendidikan negara saya bawakan entiti pidato
saya yang pertama. Dek kerakusan penjajah menguasai wilayah, bangsa kita
dipecah-pecah. Setiap jenis sekolah dikhususkan mengikut kaum dan dibezakan
mengikut kurikulum. Tidak cukup dengan itu, bahasa penghantar dijadikan
berlainan, lokasi sekolah setiap kaum dibiarkan berjauhan agar kita terus tidak
sehaluan. Namun bak kata orang tua-tua, langit tak semestinya sentiasa cerah.
1956, titik tolak pendidikan bermula ke arah pemupukan perpaduan. Disebabkan
kepintaran mantan Perdana menteri kita yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak
yang juga merupakan Menteri Pelajaran pada masa itu, terbentuklah Jawatankuasa
Pelajaran yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Keunggulan Penyata Razak
mula terserlah kerana telah menemui formula perpaduan kaum sebelum merdeka
lagi. Berbekalkan matlamat mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan
India sebagai 1 rumupun bangsa di Tanah Melayu dan mengembangkan sistem
pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan, nyata-nyata
Penyata Razak menampakkan hasil apabila wujud sistem pendidikan kebangsaan dan
sistem peperiksaan yang sama telah diterapkan. Proses ini tidak berhenti begitu
sahaja dan diteruskan lagi dengan wujudnya Laporan Rahman Talib dan pemerkasaan
Akta pelajaran 1961 yang memberi penegasan kepada kurikulum ala Malaysia yang
menghendaki setiap pelajar mengenali aspek budaya negara. Hal ini diperkukuhkan
lagi dengan termaktubnya Laporan kabinet 1979 dan rang undang-undang pendidikan
1995 yang turut menekankan prinsip yang sama dan membawa kepada penyatuan
bangsa.
Sidang
Dewan,
Sejajar denga pengiktirana bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, secara tidak lengsung ia memainkan peranan
dalam proses perpaduan. Peranan bahasa melayu, kata kunci saya yang kedua.
Lihat sahaja intipati dalam Dasar pendidikan negara, kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan terus diperkasa. Dalam stratergi perlaksanaannya,
bahasa Melayu digunakan di seluruh negara agar komunikasi rakyat berjaya.
Apabila komunikasi berjaya melalui penggunaan satu bahasa, bangsanya merdeka.
Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa Lingua
Franca sejak zaman kesultanan Melayu Melaka yang banyak digunakan dalam
perdagangan dan hubungan diplomatik antarabangsa. Kini bahasa melayu melebarkan
sayapnya ke arah bidang pendidikan secara lebih mendalam. Buktinya yang jelas
ialah dengan adanya pertandingan syarahan dan Ujian bertulis (PBSUB) bagi SJKC
dan SJKT. Hal ini membuktikan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan dalam dunia pendidikan, jelas rakyat Malaysia bersatu dan dapat
memupuk nilai perpaduan. Kita lihat sendiri ketika ini di sekolah-sekolah,
tanpa ada resah dan gelisah para pelajar tanpa mengira bangsa dan agama,
bertutur dalam bahasa Melayu dengan mudah dan petah. Betapa besar peranan
bahasa Melayu dalam dunia pendidikan dalam usaha menyemai semangat perpaduan.
Perlaksanaan Dasar bahasa kebangsaan, ordinan pelajaran 1957, Falsafah
Pendidikan kebangsaan 1983 dan beberapa penyata serta akta pendidikan yang lain
telah membolehkan semua kaum berkomunikasi secara berkesan menggunakan bahasa
Melayu. Galakan ini diberikan pada para pelajar kerana mereka adalah aset negara
yang amat berharga, yang bakal menjadi tonggak pimpinan negara untuk memacu
wawasan yang berjaya. Andai mereka kini mereka berpecah-belah, negara kita
punah ranah. Andai kini mereka tidak bersatu padu, wawasan 2020 menjadi abu.
Hadirin
sekalian,
Secara analoginya, sistem pendidikan
di Malaysia telah mengalami perubahan sejak dari zaman sebelum merdeka
hinggalah kini. Pengenalan satu sistem pendidikan bercorak kebangsaan merupakan
wadah mengeratkan hubungan kaum agar kita terus sehaluan. Berpaksikan kata kunci
sistem pendidikan, saya bawakan kepada anda entiti saya yang ketiga. Melalui
sistem pendidikan yang sama, pelajar daripada pelbagai kaum akan belajar dan
berinteraksi bersama secara tidak langsung akan menggalakkan proses perpaduan
sesama mereka. Kementerian pelajaran juga telah memperkenalkan sekolah wawasan
yang menempatkan tiga aliran pendidikan, iaitu kebangsaan , Cina dan India
dalam satu kawasan. Interaksi antara 3 aliran pendidikan ini akan memperkasa
hubungan antara kaum melalui pergaulan, proses pengajarn dan pembelajaran dan
yang paling utama sikap tolenrasi di alam persekolahan. Datuk Mukhriz Tun
Mahathir, mencetuskan antara punca kita gagal membentuk perpaduan kaum yang
tulen adalah disebabkan sistem pendidikan kita yang beraneka corak mengikut
bangsa.cadangan Datuk Mukhriz ini dilihat seiringan dengan laporan Jawatankuasa
Barnes 1951 dan Laporan Penyata Razak 1956. Malah tokoh-tokoh pendidikan
seperti Aminuddin Baki dan Tan Sri Ainuddin Wahid juga bersetuju agar sistem
pendidikan negara digembleng menjadi satu jenama bagi mengelakkan kepelbagaian
warna kurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Hal ini kerana institusi
persekolahan dianggap medan perhimpunan bagi para pelajar menyemai semangat
perpaduan. Kita sedia maklum untuk membuat satu perubahan dalam sistem
pendidikan yang sedia ada bukanlah satu kerja mudah. Namun kita harus tahu,
perubahan ini adalah demi matlamat yang satu, ke arah penyemaian benih-benih
perpaduan untuk jangkas masa panjang agar bangsa kita terus bersatu.
Sidang
Pendengar Budiman,
Ramuan perpaduan kaum bukan sahaj
melibatkan institusi persekolahan dan aktiviti pembelajaran namun turut
disumbangkan dengan penganjuran pelbagai program pendidikan, entiti pidato saya
yang keempat. Contoh yang jelas lagi bernas Program Pendidikan Prasekolah
diselitkan satu program yang dinamakan Tabika Perpaduan. Program yang
diperkenalkan pada tahun 1976 ini merupakan program yang disediakan untuk
penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur 5-6 tahun. Objektifnya mudah
saja, membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup
bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya setiap
bangsa. Kanak-kanak yang masih bersih pemikirannya harus disogokkan dengan
kemahiran, ilmu pendidikan dan kaedah berinteraksi secara tepat agar di masa
hadapab mereka tidak bercanggahan pendapat. Pemupukan semangat perpaduan ini
dalam bidang pendidikan tidak terhenti separuh jalan. Pemerkasaan diteruskan
dengan wujudnya Program RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan.
Disebabkan wujudnya kesedaran bahawa perpaduan tonggak kekuatan dan kstabilan,
program RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemai sikap bersatu padu
dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah lagi. Peranan RIMUP dalam
penyatuan bangsa dalam kalangan anak muda jelas sekali apabila ia dimasukkan
dalam Teras 1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina
negara bangsa. Sesungguhnya negara bangsa tidak dapat dicapai, andai tidak
wujud persefahaman, permuafakatan, perpaduan dan semua ini harus bermula
daripada 1 tapak yang dinamakan pendidikan. Apa yang jelas di sini, kedua-dua
program ini menyumbang kepada perkongsian budaya dalam kalangan pelbagai
lapisan masyarakat.
Hadirin
yang dihormati sekalian,
Telah kita tinjau sejarah lampau,
kita sapa penggunaan bahasa, kita teruskan dengan sistem pendidikan, tidak
cukup dengan itu saya canangkan pula program pendidikan negara. Kini saya bawa
anda semua untuk melihat kouta pengambilan pelajar ke universiti yang juga
merupakan entiti pidato saya yang kelima. Di sini saya mengambil contoh
Universiti Malaya pada kemasukkan pelajar sesi 2002 / 2003, sistem kouta telah
dihapuskan dan diganti dengan satu sistem baru yang bernama sistem
meritoktrasi. Penghapusan sistem kouta bukan bermakna hak bumiputera tidak
dijaga. Namun jika kita lihat dari segi rasionalnya, penghapusan sistem kouta
adalah untuk menyeimbangi peluang pendidikan antara rakyat berbilang bangsa di
Malaysia. Tidak dapat dinafikan dengan terbukanya peluang pendidikan yang sama,
semangat perpaduan dapat dijana melalui pergaulan pelajar berbilang bangsa
semasa mereka menuntut imu di dada. Sikap toleransi ke arah pemupukan perpaduan
dalam dunia pendidikan terus gah apabila jumlah biasiswa atau pinjaman pelajar
bukan bumiputera dinaikkan daripada 10% kepada 45% mulai tahun 2008. Ini jelas
membuktikan bahawa kerajaan melalui pendidikan berusaha untuk menyemai nilai
perpaduan agar tiada pelajar yang berasa dipinggirkan kerana mereka inilah
titik permulaan kepada sebuah kejayaan.
Akhir kata, slogan pendidikan untuk
perpaduan sudah lama dijaja oleh ahli akademik, tokoh-tokoh pendidikan dan
pencinta perpaduan. Ia bukanlah satu sitilah yang sukar untuk diberiakan
pengertian atau untuk diperbahaskan. Malah ia tidak memerlukan seminar atau
forum yang menghimpunkan para ilmuan khusus untuk menobatkan kepentingan
pendidikan bagi membenihkan perpaduan. Andai ada orang bertanya, bagaimana
perpaduan mampu dijana? Jawapannya mudah saja iaitu, pendidikan, sebuah lagu
yang telah lama kita nyanyikan, menjadi benih kasih dan impian, penjana
perpaduan teras kejayaan. Ayuh, sayak ajak anda semua yang berada di hadpaan
saya, sama-sama kita makmurkan bumi bertuah, negara kia merdeka kekal muhibbah,
kita genggam erat pendidikan sebagai wadah perpaduan, bersama menuju destinasi
kegemilangan.
Sekian,
Nahkoda IPSAH, anak kebanggan bumi bertuah...Mohon mengundur diri